Tengok title, mesti ingat aku nak post pasal apa yang aku makan, apa yang aku masak kan? Sebenarnya tak.
Sebenarnya, aku nak cakap pasal sistem makan kat sekolah-sekolah. Kenapa aku sibuk sangat nak kecoh hal makan kat sekolah, ye tak? Aku bukan sekolah dah. Aku bukan ada adik kecil lagi dah.
Tapi aku ada anak buah. Aku juga, insyaAllah lepas menikah, insyaAllah akan ada anak. Anak aku pulak mesti akan ke sekolah. dan aku dapat rasa aku ni akan jadik seorang mommy yang sangat possesive akan anaknye.
"No baby, you cannot eat that. Not healthy."
"Darling, what do you have for lunch today? What? Nugget and sausages..??"
Yes. Aku akan jadik macam tu. Sebab aku control freak. Yeah, whatever. *Kibas rambot*
So, aku akan jadi sangat particular pasal makan anak aku.
Aku menyarankan agar setiap sekolah ada kantin yang dibayar setiap parents secara bulanan untuk makanan mereka. And I also suggest kementerian pelajaran ada orang yang boleh kaji pemakanan students kat sekolah.
Reason:
1) parents tak perlu lagi bagi duit makan kat anak-anak, yang akhirnya akan dibelanjakan ke jalan yang salah. E.g: rokok.
2) parents tak perlu risau anak mereka makan atau tidak, sebab diorang memang dah tentu makan kat sekolah.
3) takde lagi timbul isu nasik lemak diharamkan di sekolah kerana menyebabkan obesiti, sebab makanan setiap orang adalah sama banyak, dan nutriennya dah dicampur tolak oleh pengkaji.
Kan?
tak susah sebenarnya nak laksanakan.
Cuma kita perlu mentaliti masyarakat yang lebih terbuka dan bisa menerima cadangan.
Jangan hanya nampak harga mahal pada bayaran bulanan. Sebab sama je, kalau korang bagi anak korang duit harian.
Cuba korang fikirkan. Dan bagitau aku, salah ke apa yang aku usulkan ni.
Thanks.
-ZazaAbdullah-
No comments:
Post a Comment